Skip to content Skip to footer

Kunjungan Hormat ke YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli

Isnin lalu (18/3/24), beberapa wakil pengurusan tertinggi Jentayu Sustainables Berhad membuat kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli di pejabat beliau di Kangar.

Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana Jentayu Sustainables dan kerajaan negeri boleh berkongsi kepakaran dan pengalaman serta mencari sinergi untuk membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui di Perlis.

Kami amat berterima kasih kepada YAB Menteri Besar kerana sudi meluangkan masa untuk bersama mencari ruang untuk bekerjasama demi negeri dan rakyat Perlis.

 

Leave a comment

0.0/5